Isnin, 3 Ogos 2009

PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Saya ingin bertanya kepada 589 orang demonstran Anti-ISA dan Pro-ISA. Apakah yang anda dapat daripada demonstrasi tersebut?

Kepuasan yang akhirnya menyusahkan?

Penendang polis?

Pendakwaan?

Saman?

Telah berkali-kali Dr Mahathir berkata, "Kalau tidak suka kepada kerajaan BN, tunjukkan dalam pilihan raya. Undi parti yang anda suka."

Pada saya, lebih baik anda berkempen secara senyap, menyahut cabaran Dr Mahathir, daripada keluar melalak di jalan raya.

Dan, DS Najib telah memberi jaminan, boleh buat demonstrasi di stadium sampai pagi. Saya fikir, pembangkang boleh buat pameran kekejaman BN terhadap rakyat, di sampin persembahan pentas, seminar dan sebagainya.

Tiada ulasan: