Ahad, 28 Jun 2009

Selsema Babi

Aneh apabila istilah pun diperdebatkan di Malaysia. Ada yang cadang pihak kerajaan guna istilah Virus H1N1, menggantikan istilah Selsema Babi. Setakat ini, ada beberapa nama merujuk virus berkenaan seperti Influaza A, Flubabi, Selsema khindzir. Apapun nama ia tetap merujuk Selsema Babi. Anehnya, mereka yang tidak mahu guna istilah babi ini datang daripada orang Islam sendiri. Saya fikir kerajaan tak usah layan orang-orang yang takut pada nama.

Dalam berbalah istilah, mereka yang terkena virus Selsema Babi dan kematian kerananya terus meningkat. Perubahan nama, selembut manapun, tidak menjamin keselamatan.

Sudah banyak penyakit yang berpunca daripada babi. Virus Nipah, JE misalnya tidak pernah berkompromi dengan manusia walaupun bermacam namanya. Elok juga difikirkan, apakah dengan adanya virus-virus yang berbahaya itu, kerajaan akan menghapuskan perternakan babi di Malaysia. Saya pasti tidak, sebab perangai sebahagian pemimpin kita pun macam babi juga. Takkan babi nak memusuhi babi.

Rabu, 24 Jun 2009

Sekolah 1 Murid

Sekolah 1 murid = konsep 1 Malaysia. Tidak sangka dalam negara pesat membangun dan maju ini masih ada sekolah 1 murid. Saya yakin, kalau sekolah ini jenis sekolah kebangsaan, sudah lama ia ditutup. Malah, bangunannya pun telah lama diruntuhkan. 3 orang gurunya telah ditukar. Tetapi, oleh sebab ia sekolah jenis kebangsaan, maka 1 murid pun tetap beroperasi juga. Demikian hebatnya pemimpin UMNO/BN terhadap bukan Melayu dan kejamnya mereka terhadap segala hak orang Melayu. Hang fikiqlah sendiri kewajarannya.

Selasa, 16 Jun 2009

Hapus Saja Bahasa Inggeris

Mahathir kata pencapaian pelajar meningkat sejak PPSMI. Hishamuddin On pun kata begitu. Ahmad Sipon, Alimuddin Dom dan sebahagian besar ahli UMNO kata begitu - pencapaian pelajar meningkat sejak perkenal PPSMI. Ertinya, program PPSMI berjaya meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar. Wah, ini sangat membanggakan. KALAU BENER BEGITU PAK, HAPUSKAN SAJA SUBJEK BAHASA INGGERIS KERANA TERNYATA TIDAK DAPAT MENINGKATKAN BAHASA INGGERIS PELAJAR. KALAU TIDAK DIHAPUSKAN, CIS, MEMANG DASAR BURUNG TIONG. ORANG BERCAKAP DIA BERCAKAP. ORANG BERCAKAP TAHU MAKNA, DIA BERCAKAP TIDAK TAHU APA YANG DICAKAPKAN.

Sabtu, 6 Jun 2009

Adakah Maktab Naik Taraf

Ini pertanyaan yang nakal. Masakan maktab tidak naik taraf? kini maktab menawarkan kursus hingga peringkat ijazah perguruan. Bukankah itu tanda naik taraf. Ya, betul. Bagaimana kalau saya kata bahawa maktab hanya bersalin kulit, bukan isinya. Macam ular sawa. Dulu bernama 'training colegge' kemudian bertukar nama 'maktab', institut perguruan dan kini Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus .... Bukankah itu tanda bersalin kulit. kali terakhir maktab bersalin kulit pada tahun 2006.

Mengapakah saya berkata maktab sekadar bersalin kulit. Alasan saya;

1. Sehingga kini, kursus-kursus peringkat ijazah yang ditawarkan oleh IPGM belum lagi mendapat kelulusan MQA, sedang pelajarnya tinggal 1 - 2 tahun lagi akan tamat belajar,

2. Sukatan bagi mata pelajaran kursus KPL-SPM (PPISMP dan PISMP) masih bercelaru dan banyak kelemahan,

3. Tajuk dalam sukatan pelajaran bagi Kertas A bertindihan dengan Kertas B. Tajuk sama kertas berbeza,

4. Sesetengah soalan dalam peperiksaan semester (berpusat) kabur, tidak jelas, tidak diajar oleh pensyarah, malah tiada tersenarai dalam Jadual Penentu Ujian (JPU), Ada ketika tajuk bagi Kertas A dibina soalan bagi Kertas B,

5. Penempatan pensyarah yang tidak tepat dengan kelulusan dan kepakaran. Misalnya, pensyarah berkelulusan BA (Sejarah), MA (Kurikulum) ditempatkan di Jabatan Pengajian Melayu dan bertugas mengajar Subjek Bahasa Melayu,

6. Kemudahan peralatan untuk P & P ketinggalan. Masih menggunakan OHP dan terhad LCD. Malah, talian internet juga terhad dan bermasalah,

7. Tiada peruntukan khusus untuk pensyarah membuat kajian dan penulisan ilmiah. Lazimnya, pensyarah dikumpulkan di suatu tempat dan disuruh menyiapkan artikel / kajian untuk diterbitkan dalam Jurnal sendiri,

8. Pensyarah tidak ada autoriti untuk membuktikan kepakaran,

9. Kegagalan pelajar akan dipersalahkan pada pewnsyarah walaupun kegagalan itu berpunca daripada pelajar sendiri,

10. Kemudahan tempat kuliah dan sumber rujukan P & P sangat terhad,

11. Kenaikan pangkat (gred) adalah berdasarkan keTUAan, bukan ilmu, kelayakan akademik dan kepakaran,

12. Pensyarah berkelulusan BA mendominasi jawatan penting IPGM, pembuat dan pemutus dasar, sedang di universiti berperanan sebagai tutor sahaja,

Jumaat, 5 Jun 2009

Mahathir Bohong Lagi

Dalam blognya pada fasal 9 Mahathir mengatakan UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdeekaan kerana orang Melayu tidak percaya pada MCP/PKM dan pada fasal 12 Mahathir berkata, "Sesungguhnya UMNOlah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan bermakna." Dan, sebelum itu, beliau mengatakan perjuangan kemerdeekaan rakyat malaysia / Tanah Melayu bermula melalui PKMM.

Kita tidak menafikan peranan dan sumbangan institusi berkenaan, termasuk PKM. Namun, mengatakan perjuangan menentang British bermula melalui institusi, apatah lagi UMNO, adalah pembohongan.

Jangan ditanyai ahli sejarah, tetapi tanyalah sesiapa sahaja yang pernah belajar subjek sejarah Malaysia. Perjuangan kemerdekaan digerakkan oleh individu (bukan organisasi) dan individu itu sama ada pembesar daerah, tokoh-tokoh agama, guru dan wartawan. Contoh tokoh pejuang kemerdekaan ialah Mat Kilau, Datuk Bahaman. Tok Gajah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Raja Abdullah (Perak), Rosli Dobi dan sebagainya.
Mereka ini tidak ada organisasi, cuma yang ada ialah pengikut sahaja.

Khamis, 4 Jun 2009

Anak Pensyarah Pun Tak Dapat PPISMP

Aku ada seorang kawan bekerja di IPGM. Anaknya baru lepas SPM. Resultnya ok juga. Dia minta kursus KPLSPM. "Haram jadah tak dapat," katanya. Dia buat rayuan. Minta tolong pengarahnya, kawannya dan jumpa dengan pegawai bahagian pengambilan di BPG, pun tak dapat juga. "Aku rasa sedih dan kecewa" tegasnya. Tak dapat tolong anak sendiri. dan BPG tak dapat tolong anak-anak pensyarahnya. katanya, ramai anak-anak pensyarah IPGM tak dapat kursus tu. apalah syarat diperlukan, sebab, katanya, yang diterima masuk pun ada yang pemalas, kaki ponteng, kaki pukul, penagih, lumba haram dan sebagainya. saya tanya, apa mnaksud IPGM, KPLSPM dan BPG. Katanya, maksud BPG tu - Bahagian Paling Gila. Laaa ... patut le, jawab saya.

Runtuh Lagi

Kat negaraku ada macam-macam boleh runtuh. ada tanah runtuh. ada durian runtuh. ada rumah runtuh. ada kerajaan runtuh (Perak, terengganu, perlis). Paling memalukan ada bangunan lama runtuh dan ada bangunan baru runtuh. Kita tidak boleh maaf pada kontraktor yang buat stadium di Gong Badak Terengganu yang runtuh itu. dah le kos 300 juta tu duit rakyat, buat kerja cincai saja. sepatutnya tauke kontraktor ditangkap masuk ISA. Tapi saya yakin, kontraktor tak ditangkap, tetapi diinjak duit lagi bagi membaikpulihnya. Ingat-ingat le wahai semua, hari ini bangunan runtuh, esok negara akan runtuh gara-gara pemimpin runtuh. menangis masa tu tak guna satu sen pun. Baik tukaq pemimpin yang ada, ganti orang lebih bertanggungjawab.

Perak Hulu dan Perak Kuala

Krisis politik di Perak memang memalukan rakyat. Ia lambang kegelojohan orang politik. Sama ada BN atau PKR sama-sama shit dan kurap. Oleh sebab kat Perak ada Menteri Besar Mahkamah (MBM) dan Menteri Besar Undi (MBU), ada speaker rakyat, ada dua presiden PPP, maka saya cadangkan Perak dibahagi dua. Satu Perak hulu, dan satu lagi Perak Kuala.

Dulu raja Perak menjadi antara punca penjajahan British di Perak. Apa tidaknya, anak bergaduh minta British datang menyelesaikan. Dan British bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Dari sikap raja bermulanya penjajahan Inggeris di Perak.

Saya kesal, raja Perak yang mahir undang-undang, jadi punca krisis politik di Perak. Kalau raja yang saya anggap paling cerdik ini tidak cerdik, apatah lagi raja lain. Harap semua raja Melayu berhati-hati dalam tindakan supaya terus dihormati rakyat.

Selamat Datang ke Blog Saya

Ini blog dari suara hati rakyat kepada pemimpin demi untuk rakyat. Kongsilah rasa hati anda ke email rafihasanan@gmail.com untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap suara hati anda tetap hakmilik anda.