Jumaat, 16 Oktober 2009

UBN Menang di Bagan Pinang

Aku tidak hairan kalau UBN menang di negeri Sembilan dan Melaka. Sebab memang dah dijangka dan sudah ada jok. Di dua negeri ini, kalau tiada calon, boleh ditukar dengan Mr. Khinzir @ Babi dan pakaikan baju BN, atau pasang bendera BN di ekornya, lawan dengan sami atau ustaz, UBN masih boleh menang majoriti besar. Orang Melayu di dua negeri ini tetap sokong UBN walaupun calonnya seekor babi. Itu jok mereka.

1 Malaysia di Bagan Pinang

Melihat suasana pilihan raya kecil di Bagan Pinang beberapa hari lalu, saya ragu akan konsep 1 Malaysia. Adakah memang diharapkan? Adakah satu muslihat politik? Adakah retorik sahaja. Apapun, saya fikir hasrat PM memang benar, namun pelaksanaan oleh penyokong dan pemimpin BN amat meragukan. Kalau mereka boleh ubah sikap ini, saya percaya Umno akan mendapat sokongan dan nafas baharu.

Perjuangan Baru Umno

Padangan aku tentang perjuangan baru Umno mendapatkan kembali sokongan dan kemenangan ialah dalam dua perkara ini. Pertama, Kalau pemimpin Umno dapat merealisasikan 'cakap serupa bikin.' Kedua, pemimpin Umno mengamalkan sikap bertanggungjawab dan sayang. Selama ini, mereka bersikap rakus, zalim, tamak dan tidak bertanggungjawab. Orang Melayu akan berkubur kalau terus menyokong Umno.