Selasa, 25 Ogos 2009

LHDN Sila Siasat Mydin

Akhbar Berita Harian bertarikh 4 Ogos 2009 menyiarkan dakwaan Mydin bahawa syarikatnya di Kuala lumpur mengalami kerugian RM300,000 kerana berlaku perhimpunan aman membantaqh ISA, pada 1 Ogos 2009. Jualannya dikatakan menurun antara 20 - 30%. Dan katanya lagi, kebiasaannya syarikat Mydin beroleh antara 2 hingga 3 kali ganda keuntungan pada hari Sabtu, dan Ahmhad berbanding hari biasa.

Alangkah baiknya jika LHDN menyiasat rekod-rekod pembayaran hasil cukai pendapatan Mydin di kedua-dua tempat berkenaan. Adakah Mydin membayar cukai dalam kategori sebenar dan bertepatan dengan pendapatannya.

Saya harap LHDN dapat menjalankan tugasnya sebaik mungkin tanpa ada kekecualian atau kegiatan undertable dalam kes pembayaran cukai pendapatan oleh Mydin.

Isnin, 17 Ogos 2009

Pengganas dan Keganasan



siapakah lelaki berbaju batik ini. Gayanya seperti pengganas. Adakah dia Nordin Mohd Top?

Lelaki berbaju biru itu Gobalan, AP Padang Serai manakala lelaki berbaju batik ialah Ketua Polis Pulau Pinang bernama Ayob Yaacob.

Gobalan ditahan kerana provokasi kepada penyokong PR semasa penamaan calon Pmtg Pasir di IKBN Bukit Mertajam pada 17 Ogos 2009. Siaran Berita Perdana TV3 menunjukkan sikap biadab Gobalan yang cuba menumbuk anggota polis yang menahannya.

Setelah digari, Gobalan disepak oleh Ayob Yaacob.

Apa moralnya? Ayob mengaplikasikan ilmu yang diturunkan mantan Ketua Polis Negara, Penjenayah TS Rahim Noor. Kedua-duanya sama-sama memukul tahanan bergari.

Kalau Gobalan dianggap ganas / pengganas kerana memukul polis, apakah Ayob dianggap hero kerana memukul tahanan.

Pada saya, kedua-duanya adalah pengganas / penjahat.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Keganasan PDRM

Perhimpunan Gerak Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 mempamerkan keserakahan dan kejenayahan PDRM.

Sepanjang pengetahuan saya, mana-mana perhimpunan aman, jika tidak direstui PDRM, perhimpunan aman itu akan jadi tidak aman, huru-hara dan kekerasan.

Hal ini kerana, PDRM di bawah Musa Hasan, akan menghantar Sang Buaya (SB) dan Pasukan Rusuhan PDRM yang lengkap bersenjata, berkenderaan, water cannon dan terlatih untuk membelasah sesiapa sahaja, bak anjing kelaparan melihat makanan.

Sebagai generasi baharu, saya tertanya-tanya apakah PKM yang dikatakan ganas itu menyamai keganasan PDRM? Yang pasti dan saya saksi ialah keganasa PDRM, baik ahlinya berambut kontot mahupun sudah berubah. Kedua-duanya sama ganas dan sama brutal.

Setahu saya, hal yang demikian, membelasah para demonstran, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli PKM. PKM hanya bertindak terhadap musuh negara seperti Henry Gurney. Hal ini tidak menghairankan kerana sejarah PDRM diasuh dan dikuasai oleh pengganas dan penjenayah bernama al-Rahim Noor dan di bawah asuhan anak buah bernama al-Musa Hasani.

Telah banyak kali PDRM dikritik dan disaran berkelakuan sebagai rakyat Malaysia yang beragama, namun semuanya bagai mencurah air di atas daun keladi. Malah, siasatan diraja juga pernah dijalankan. semuanya tidak membuatkan hasil kerana PDRM menganggap kumpulan sebagai RAJA, - Pasukan Penganas Diraja Dr. Mahatir.

Oleh sebab itu, untuk membaiki PDRM, adalah perlu dicabut ketua pengganasnya, al-Musa Hasani. Selagi dibiarkan beliau berkuasa, atau melatik asuhannya, selagi itu PDRM akan menjadi pengganas dan Malaysia kekal sebagai negara 1 pengganas.

Selagi itulah, rakyat Malaysia akan menderita kecuali ORANG-ORANG UMNO YANG BUTA HATI SAHAJA MENGANGGAP UMNO SEBAGAI PENTING.

Isnin, 3 Ogos 2009

Maybank K. Bharu Lembab

Kalau anda ingin berusan di kaunter Maybank berhampiran Kamdar, kota Bharu, fikirlah 10 kali. Kalau anda memang tiada kerja atau ingin membuang masa dan bersawang di sana, silakan. Tetapi, kalau anda mencuri waktu pejabat, anda akan menghadapi masalah.

Semasa di Kelantan, aku pergi ke Maybank tersebut untuk menghantar duit, dan diberi nombor 2241. Pada kertas itu tercatat: Nombor sekarang 2213. dicatatkan masa di kertas itu: 13:15. Tarikh 03.08.2009. Ertinya aku perlu menunggu 28 orang untuk sampai giliranku.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 2:47 baharu nombor aku dipanggil. Aku terpaksa menunggu sekitar 1:32 minit. Itupun setelah 10 orang pelanggan meninggalkan kaunter sebelum nombor dipanggil.

Dalam catatan aku, urusan seorang pelanggan di kaunter antara 5 - 10 minit seorang. Ada juga mereka yang tiada nombor, tetapi mengenali pengawai, dapat berurusan lebih cepat daripada pelanggan lain.

Semasa berurusan, aku bertanyakan kerana sebab lambat dipanggil, beliau meminta aku bertanyakan pada seorang wanita bernama X, apabila aku bertanyakan pada wanita bernama X, beliau meminta aku bertanyakan pada En. Zahari. Apabila aku pergi untuk bertanya Encik Zahari, beliau tiada.

So, aku berpendapat, kalau mahu berurusan dengan bank itu, fikirlah sepuluh kali.

PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Saya ingin bertanya kepada 589 orang demonstran Anti-ISA dan Pro-ISA. Apakah yang anda dapat daripada demonstrasi tersebut?

Kepuasan yang akhirnya menyusahkan?

Penendang polis?

Pendakwaan?

Saman?

Telah berkali-kali Dr Mahathir berkata, "Kalau tidak suka kepada kerajaan BN, tunjukkan dalam pilihan raya. Undi parti yang anda suka."

Pada saya, lebih baik anda berkempen secara senyap, menyahut cabaran Dr Mahathir, daripada keluar melalak di jalan raya.

Dan, DS Najib telah memberi jaminan, boleh buat demonstrasi di stadium sampai pagi. Saya fikir, pembangkang boleh buat pameran kekejaman BN terhadap rakyat, di sampin persembahan pentas, seminar dan sebagainya.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Pejuang Mansuh ISA

TV3 menyiarkan filem Hindustan. Ia mengisahkan seorang politikus gila kuasa, Devadar, ingin menjadi perdana menteri. Beliau seorang yang jahat, telah membunuh ramai orang, bersekongkol dengan polis bernama Naidu. Mereka memburu doktor Ansari yang tidak mahu bersongkol dengannya. Fail kegiatan politikus itu ada dalam simpanan Basyar, seorang yang wartawan yang cuba mendedahkan kegiatan jahat politikus berkenaan. Dr Ansari diisytiharkan sebagai pengganas dan ditangkap untuk dibicarakan. Devadar tidak mahu Dr Ansari dibicarakan di mahkamah kerana bimbang rahsianya terbongkar. Beliau mengarahkan Ketua Polis, Naidu, mengarahkan anggota Polis lain memburu dan membunuh Dr Ansari, Insp. Ananrt dan beberapa inspektor yang mengiringi Dr Ansari ke mahkamah.

Tengah syok menonton, siaran dihentikan untuk siaran berita Jam 5. Pemberita melaporkan pihak polis Malaysia telah menahan lebih 100 orang peserta demonstrasi aman kerana mahu memansuhkan ISA. Gambar-gambar visual polis menangkap, membelasah dan menyembur water conan jelas kelihatan.

Saya teringat filem hindustan itu. Ia agak bersamaan dengan apa yang berlaku di negara saya. Mungkinkan, Devadar itu Najib atau Hishammuddin. Naidu itu Musa Hassan. Dan, Dr Ansari dan inspektor polis yang diburu itu ialah pemimpin dan pejuang mansuhkan ISA.

Devadar tidak mahu Dr Ansari dibicarakan (mahu ISA) kerana tidak mahu rahsia kekejamannya terbongkar. Kerajaan BN tidak mahu mansuh ISA kerana permansuhan itu akan hilang pendiding kuasanya. Hanya rakyat yaqng mahu keamanan mahu ISA dimansuhkan.

Demikianlah kejamnya kerana BN. Jenayah makin menjadi-jadi sebab ahli politikus dan polis bersekongkol dengan penjenayah. Maka, kita bertanya: Siapakah penjenayah sebenar.

SIAPA LAGI KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO / BN DAN POLIS.