Sabtu, 1 Ogos 2009

Pejuang Mansuh ISA

TV3 menyiarkan filem Hindustan. Ia mengisahkan seorang politikus gila kuasa, Devadar, ingin menjadi perdana menteri. Beliau seorang yang jahat, telah membunuh ramai orang, bersekongkol dengan polis bernama Naidu. Mereka memburu doktor Ansari yang tidak mahu bersongkol dengannya. Fail kegiatan politikus itu ada dalam simpanan Basyar, seorang yang wartawan yang cuba mendedahkan kegiatan jahat politikus berkenaan. Dr Ansari diisytiharkan sebagai pengganas dan ditangkap untuk dibicarakan. Devadar tidak mahu Dr Ansari dibicarakan di mahkamah kerana bimbang rahsianya terbongkar. Beliau mengarahkan Ketua Polis, Naidu, mengarahkan anggota Polis lain memburu dan membunuh Dr Ansari, Insp. Ananrt dan beberapa inspektor yang mengiringi Dr Ansari ke mahkamah.

Tengah syok menonton, siaran dihentikan untuk siaran berita Jam 5. Pemberita melaporkan pihak polis Malaysia telah menahan lebih 100 orang peserta demonstrasi aman kerana mahu memansuhkan ISA. Gambar-gambar visual polis menangkap, membelasah dan menyembur water conan jelas kelihatan.

Saya teringat filem hindustan itu. Ia agak bersamaan dengan apa yang berlaku di negara saya. Mungkinkan, Devadar itu Najib atau Hishammuddin. Naidu itu Musa Hassan. Dan, Dr Ansari dan inspektor polis yang diburu itu ialah pemimpin dan pejuang mansuhkan ISA.

Devadar tidak mahu Dr Ansari dibicarakan (mahu ISA) kerana tidak mahu rahsia kekejamannya terbongkar. Kerajaan BN tidak mahu mansuh ISA kerana permansuhan itu akan hilang pendiding kuasanya. Hanya rakyat yaqng mahu keamanan mahu ISA dimansuhkan.

Demikianlah kejamnya kerana BN. Jenayah makin menjadi-jadi sebab ahli politikus dan polis bersekongkol dengan penjenayah. Maka, kita bertanya: Siapakah penjenayah sebenar.

SIAPA LAGI KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO / BN DAN POLIS.

Tiada ulasan: