Isnin, 3 Ogos 2009

Maybank K. Bharu Lembab

Kalau anda ingin berusan di kaunter Maybank berhampiran Kamdar, kota Bharu, fikirlah 10 kali. Kalau anda memang tiada kerja atau ingin membuang masa dan bersawang di sana, silakan. Tetapi, kalau anda mencuri waktu pejabat, anda akan menghadapi masalah.

Semasa di Kelantan, aku pergi ke Maybank tersebut untuk menghantar duit, dan diberi nombor 2241. Pada kertas itu tercatat: Nombor sekarang 2213. dicatatkan masa di kertas itu: 13:15. Tarikh 03.08.2009. Ertinya aku perlu menunggu 28 orang untuk sampai giliranku.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 2:47 baharu nombor aku dipanggil. Aku terpaksa menunggu sekitar 1:32 minit. Itupun setelah 10 orang pelanggan meninggalkan kaunter sebelum nombor dipanggil.

Dalam catatan aku, urusan seorang pelanggan di kaunter antara 5 - 10 minit seorang. Ada juga mereka yang tiada nombor, tetapi mengenali pengawai, dapat berurusan lebih cepat daripada pelanggan lain.

Semasa berurusan, aku bertanyakan kerana sebab lambat dipanggil, beliau meminta aku bertanyakan pada seorang wanita bernama X, apabila aku bertanyakan pada wanita bernama X, beliau meminta aku bertanyakan pada En. Zahari. Apabila aku pergi untuk bertanya Encik Zahari, beliau tiada.

So, aku berpendapat, kalau mahu berurusan dengan bank itu, fikirlah sepuluh kali.

Tiada ulasan: