Isnin, 17 Ogos 2009

Pengganas dan Keganasan



siapakah lelaki berbaju batik ini. Gayanya seperti pengganas. Adakah dia Nordin Mohd Top?

Lelaki berbaju biru itu Gobalan, AP Padang Serai manakala lelaki berbaju batik ialah Ketua Polis Pulau Pinang bernama Ayob Yaacob.

Gobalan ditahan kerana provokasi kepada penyokong PR semasa penamaan calon Pmtg Pasir di IKBN Bukit Mertajam pada 17 Ogos 2009. Siaran Berita Perdana TV3 menunjukkan sikap biadab Gobalan yang cuba menumbuk anggota polis yang menahannya.

Setelah digari, Gobalan disepak oleh Ayob Yaacob.

Apa moralnya? Ayob mengaplikasikan ilmu yang diturunkan mantan Ketua Polis Negara, Penjenayah TS Rahim Noor. Kedua-duanya sama-sama memukul tahanan bergari.

Kalau Gobalan dianggap ganas / pengganas kerana memukul polis, apakah Ayob dianggap hero kerana memukul tahanan.

Pada saya, kedua-duanya adalah pengganas / penjahat.

Tiada ulasan: