Sabtu, 8 Ogos 2009

Keganasan PDRM

Perhimpunan Gerak Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 mempamerkan keserakahan dan kejenayahan PDRM.

Sepanjang pengetahuan saya, mana-mana perhimpunan aman, jika tidak direstui PDRM, perhimpunan aman itu akan jadi tidak aman, huru-hara dan kekerasan.

Hal ini kerana, PDRM di bawah Musa Hasan, akan menghantar Sang Buaya (SB) dan Pasukan Rusuhan PDRM yang lengkap bersenjata, berkenderaan, water cannon dan terlatih untuk membelasah sesiapa sahaja, bak anjing kelaparan melihat makanan.

Sebagai generasi baharu, saya tertanya-tanya apakah PKM yang dikatakan ganas itu menyamai keganasan PDRM? Yang pasti dan saya saksi ialah keganasa PDRM, baik ahlinya berambut kontot mahupun sudah berubah. Kedua-duanya sama ganas dan sama brutal.

Setahu saya, hal yang demikian, membelasah para demonstran, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli PKM. PKM hanya bertindak terhadap musuh negara seperti Henry Gurney. Hal ini tidak menghairankan kerana sejarah PDRM diasuh dan dikuasai oleh pengganas dan penjenayah bernama al-Rahim Noor dan di bawah asuhan anak buah bernama al-Musa Hasani.

Telah banyak kali PDRM dikritik dan disaran berkelakuan sebagai rakyat Malaysia yang beragama, namun semuanya bagai mencurah air di atas daun keladi. Malah, siasatan diraja juga pernah dijalankan. semuanya tidak membuatkan hasil kerana PDRM menganggap kumpulan sebagai RAJA, - Pasukan Penganas Diraja Dr. Mahatir.

Oleh sebab itu, untuk membaiki PDRM, adalah perlu dicabut ketua pengganasnya, al-Musa Hasani. Selagi dibiarkan beliau berkuasa, atau melatik asuhannya, selagi itu PDRM akan menjadi pengganas dan Malaysia kekal sebagai negara 1 pengganas.

Selagi itulah, rakyat Malaysia akan menderita kecuali ORANG-ORANG UMNO YANG BUTA HATI SAHAJA MENGANGGAP UMNO SEBAGAI PENTING.

Tiada ulasan: