Sabtu, 26 Disember 2009

Doa Hindar Kezaliman

Ya Allah ya Tuhanku. Engkau berikanlah bala kepada para pemimpin yang menindas rakyat Kelantan. Jika sumber minyak yang Engkau berikan itu untuk rakyat Kelantan, Engkau hancur dan musnahkan mereka dan kumpulan mereka yang menafikan kami layak menerima rezeki-Mu itu. Dengan rezeki itu akan dapat memartabatkan kami umat-Mu, dan Islam agama-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Tuhan Maha Adil. Engkau Maha Pembinasa terhadap pemimpinku yang zalim. Amin.

Oh Malaysiaku

Malaysiaku ada jet. F-5E lagi. Tanda kecanggihan pemikiran dan kemajuan ekonomi. Namun, jet negara orang naik mencacak. Jet negaraku tak naik-naik.  Puas stat, tak juga naik.

Apasal?

Laaa... rupa-rupanya tiada enjin. Patut tak enjin tak hidup. Tengok yang tu. Kot-kot tak de enjin juga. Laa ... tak de enjin juga. His. His. His. Malaysia negaraku.

Najib, Najib. Ingat ke satu saje, rupa dua jet tak de enjin. Hang jual ke?

Bayangkanlah saudara. Apa nak jadi negara kita ni. Enjin jet pun boleh hilang. Tak hairan le kalau barang-barang lain hilang. Enjin yang besar dan berat itupun boleh hilang, terlepas ke luar negara. Tak seekor pun polis dapat kesan. Kata askar dan polis Malaysia cekap. Cekap tahi kucing engkau.

Kalau tangkap para demonstrasi, cekap le. Cari bulu anu, cekap le. Dah bertahun-tahun pun boleh jumpa lagi. Orang pelari enjin tak nampak. Oh polisku, cekapnya engkau.

Psssst.... kat hujung tu ada janda. Tuan nak?
Eh, eh. Duit ni untuk Tuan Jib. Ambillah.
Aaaa... kerusi ni untuk Tuan Musa, duduklah.
Tuan Gani, bahagian engkau pun ada juga.
Tuan A. Paul, pembicaraan nanti, kita panggil engkau. Jangan risau, ada bahagiannya.

Dan, para rakyat sekalian, jangan risau, negara kita selamat. Betul tak Tuan-tuan. Selamat untuk mencuri. Sekarang ni kita sedang curi minyak kat Kelantan.

Buat apa beri royalti kepada Kelantan. Nanti banyak pula pembangunan PAS buat. Senang hidup rakyat Kelantan. Ahh... Datuk Mustaffa Mohamad dan Datuk Awang Adik tak suka tengok rakyat Kelantan hidup senang. Nanti, susah nak beri bantuan. Takdok siapa layak. Tak boleh nak kempen PR-13.

Isnin, 21 Disember 2009

BN Jamin Keselamatan Rakyat dan Negara

Kalau injin pesawat pemintas F-SE milik Tentera udara Diraja Malaysia boleh hilang pada tahun 2007 dan tidak dijumpai sehingga Disember 2009, apakah kita boleh mengiyakan Manifesto BN (PR12) agar rakyat menyokong BN demi keselamatan rakyat. Sekejap, nak ketawa dulu.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Bayangkan, injin jet yang berada dalam depok tentera pun boleh hilang, macam mana BN nak jaga keselamatan rakyat yang berada di serata tempat dan di luar kawalan tentera. Boleh percaya ke?
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Orang gila tidak pernah mengaku dirinya gila. Apakah BN mengakui bahawa golongan mereka gila?
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Sebelum ini ada bom C4 hilang dari simpanan tentera dan tiba-tiba digunakan untuk bom Altathuya, langsung tidak disiasat pencurinya dan diambil tindakan. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Pembunuhan yang dilakukan atas arahan isteri pemimpin BN. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
BN melanggar kuasa Sultan Perak, kesopanan dan undang-undang untuk rampas kerajaan PR perak. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Dalam akhbar selalu dilaporkan polis memukul dan membunuh rakyat. Perhimpunan pembangkang, walaupun aman, tetap diserang bak menyerang pengganas. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Baru-baru ini, JAIS dan Polis menyerbu dan menangkap Dr Asri yang sedang memberi ceramah agama. Memberi ceramah agama oleh tokoh yang terbukti ketokohan dalam agama, pun ditangkap. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Para pendatang pula, yang terdiri daripada buruh, boleh keluar-masuk sempadan secara bebas. Malah boleh pukul rakyat Malaysia lagi. Menguasai dengan bebas premis perniagaan, menipu, merompak, membunuh, ragut rakyat Malaysia. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Hanya ada dua golongan yang wajar sokong BN. Pertama, pemimpin BN dan ahli keluarga pemimpin BN. Kedua, mereka yang ada kepentingan dengan BN seperti kontraktor kelas F, JKK. DUA GOLONGAN INI BANYAK MENGGANAS BAGI PIHAK BN. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
GOLONGAN LAIN, KALAU MENYOKONG BN, MEREKA TENTU ORANG TAK ADA FIKIRAN UNTUK BERFIKIR DAN TIDAK ADA MATA UNTUK MELIHAT KEZALIMAN BN. BUTA HATI, KATAKAN.

Selasa, 1 Disember 2009

Kolonel Mat Itu Kickdefella

Saya membaca isu Kolonel Mat oleh Kicdefella yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 29 November 2009. Tajuknya amat menarik. Sewaktu orang ramai mencari-cari siapakah 'Kolonel Mat' yang ditimbulkan oleh TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tersiar berita "Saya Kenal 'Kolonel Mat' -- Kickdefella."
Membaca berita berkenaan, saya rasa tertipu dengan kenyataan 'tak reti basa' oleh Kicdefella. Dikatakan 'Kolonel Mat' itu ialah ayahnya. Maka itu adalah wajar beliau kenal. Namun, yang kurang ajar si Kicdefella ini ialah apabila diberitahu bahawa ayahnya telah lama meninggal dunia.
Wahai Kicdefella, kalau ayahmu sudah mati, buat apa Nik Aziz nak heboh-hebohkan bahawa Kolonel Mat itu menjadi dalang bagi menjatuhkan Nik Aziz dan kerajaan Pas di Kelantan? Apakah ayahmu jadi hantu dan kini mengganas terhadap manusia? Kalau ayahmu jadi hantu, tentu anak-anaknya berperangai jahat kerana roh ayahmu tak tenteram dan mu sendiri tidak berusaha mententeramkan roh ayahmu.
Kalau betul Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu ayahmu, memang ayah Kicdefella jahat. Maka tak hairanlah kau sendiri pun 'jahat.'
Wahai Kicdcefella, tak usahlah menangguk di air keruh. Mencari publisiti basi. Publisiti murahan. Tak ada orang nak tahu tentang ayahmu. Kecuali memang ayahmu jahat.
MUNGKIN JUGA KOLONEL MAT ITU IALAH KICDEFELLA SENDIRI. Justeru, ahli PAS dan ahli parti lain perlu berhati-hati dengan mat seorang ni. Dia boleh menjadi 'dalang' merosak kerjaya dan organisasi.