Sabtu, 26 Disember 2009

Oh Malaysiaku

Malaysiaku ada jet. F-5E lagi. Tanda kecanggihan pemikiran dan kemajuan ekonomi. Namun, jet negara orang naik mencacak. Jet negaraku tak naik-naik.  Puas stat, tak juga naik.

Apasal?

Laaa... rupa-rupanya tiada enjin. Patut tak enjin tak hidup. Tengok yang tu. Kot-kot tak de enjin juga. Laa ... tak de enjin juga. His. His. His. Malaysia negaraku.

Najib, Najib. Ingat ke satu saje, rupa dua jet tak de enjin. Hang jual ke?

Bayangkanlah saudara. Apa nak jadi negara kita ni. Enjin jet pun boleh hilang. Tak hairan le kalau barang-barang lain hilang. Enjin yang besar dan berat itupun boleh hilang, terlepas ke luar negara. Tak seekor pun polis dapat kesan. Kata askar dan polis Malaysia cekap. Cekap tahi kucing engkau.

Kalau tangkap para demonstrasi, cekap le. Cari bulu anu, cekap le. Dah bertahun-tahun pun boleh jumpa lagi. Orang pelari enjin tak nampak. Oh polisku, cekapnya engkau.

Psssst.... kat hujung tu ada janda. Tuan nak?
Eh, eh. Duit ni untuk Tuan Jib. Ambillah.
Aaaa... kerusi ni untuk Tuan Musa, duduklah.
Tuan Gani, bahagian engkau pun ada juga.
Tuan A. Paul, pembicaraan nanti, kita panggil engkau. Jangan risau, ada bahagiannya.

Dan, para rakyat sekalian, jangan risau, negara kita selamat. Betul tak Tuan-tuan. Selamat untuk mencuri. Sekarang ni kita sedang curi minyak kat Kelantan.

Buat apa beri royalti kepada Kelantan. Nanti banyak pula pembangunan PAS buat. Senang hidup rakyat Kelantan. Ahh... Datuk Mustaffa Mohamad dan Datuk Awang Adik tak suka tengok rakyat Kelantan hidup senang. Nanti, susah nak beri bantuan. Takdok siapa layak. Tak boleh nak kempen PR-13.

Tiada ulasan: