Khamis, 25 Februari 2010

SIAPAKAH RAKYAT MALAYSIA BERTUAH

Sama ada anda sedar atau tidak, ada 3 golongan sahaja rakyat Malaysia yang bertuah. Pertama, masyarakat Felda. Kalau tahun 2007/2008 boleh dikatakan masyarakat Felda sentiasa dapat manfaat dalam pelbagai bentuk dan kemudahan. Ada kalanya dua bulan sekali warga Felda mendapat imbuhan. Ini semua berkat usaha Yusuf Nor dan Najib Tun Razak.

Kedua, PDRM. Sama seperti Felda, PDRM juga dapat banyak 'anugerah' dari wang hingga pangkat, dari rumah hingga kereta. Terbaharu, penyelarasan gaji. Itu berkat kesetiaan PDRM terhadap kerajaan.

Dan, ketiga, pemimpin BN. Mereka penyokong kerana tanpa berbelah bahagi. Wajarlah mereka terima. Banyak projek mereka dapat. Malangnya, ada projek mereka yang cepat runtuh disebabkan kontraktor tidak bertanggungjawab. Tak bertanggungjawab tak apa, asalkan sokong kerajaan.

Yang lain-lain tu, putih mata saje le. Kalau sokong juga BN, mereka dapat dianggap sebagai 'orang-orang buta perut buta hati.'

ROYALTI MINYAK


Kata YB Husam, Kelantan layak terima royalti minyak sebanyak RM40 juta. BN melalui Tok Pa beri wang ehsan sebanyak RM20 juta sahaja. Ke manakah perginya RM20 juta lagi. Orang Umno yang paling anti Kelantan dapat wang royalti ialah Mustafa Mohamed dan Awang Adek.

Bolehkah secara logik saya mengatakan Rm20 juta berbaki itu sebagai upah usaha Tok Par Mat Li sebanyak RM10 juta, Tok We De sebanyak RM20 juta. RM20 juta diberikan itu bukan untuk rakyat Kelantan, sebaliknya untuk pemimpin UMNO Kelantan melalui JPP. Nampaknya, ingin rebut RM20 juta itu dari orang-orang  dari Tok No Mar.

Habis, apa rakyat Kelantan dapat. Dapat dengar saje le.