Khamis, 25 Februari 2010

SIAPAKAH RAKYAT MALAYSIA BERTUAH

Sama ada anda sedar atau tidak, ada 3 golongan sahaja rakyat Malaysia yang bertuah. Pertama, masyarakat Felda. Kalau tahun 2007/2008 boleh dikatakan masyarakat Felda sentiasa dapat manfaat dalam pelbagai bentuk dan kemudahan. Ada kalanya dua bulan sekali warga Felda mendapat imbuhan. Ini semua berkat usaha Yusuf Nor dan Najib Tun Razak.

Kedua, PDRM. Sama seperti Felda, PDRM juga dapat banyak 'anugerah' dari wang hingga pangkat, dari rumah hingga kereta. Terbaharu, penyelarasan gaji. Itu berkat kesetiaan PDRM terhadap kerajaan.

Dan, ketiga, pemimpin BN. Mereka penyokong kerana tanpa berbelah bahagi. Wajarlah mereka terima. Banyak projek mereka dapat. Malangnya, ada projek mereka yang cepat runtuh disebabkan kontraktor tidak bertanggungjawab. Tak bertanggungjawab tak apa, asalkan sokong kerajaan.

Yang lain-lain tu, putih mata saje le. Kalau sokong juga BN, mereka dapat dianggap sebagai 'orang-orang buta perut buta hati.'

Tiada ulasan: