Selasa, 1 September 2009

Mencari UMK

Pada tahun ini, 2009, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mencapai usia dua tahun. Ia dikatakan universiti kepunyaan Datuk Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad. Oleh sebab itu, UMK mempunyai dua cawangan. Pertama, UMK Cawangan Bachok, kawasan pilihan raya Datuk Awang Adek. Kedua, UMK Cawangan Jeli, iaitu kawasan pilihan raya Datuk Mustaffa Mohamed.

Kampus sementara UMK beroperasi di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Namun, baik UMK Cawangan Bachok mahupun UMK Cawangan Jeli, kedua-dua masih jauh panggang daripada api. Tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Pembinaannya sangat lembab.

Berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada bulan Mei 2009 berkenaan UMK.














Tiga gambar di atas ialah tapak pembinaan UMK Cawangan Bachok. Ia masih lagi padang jarak padang terkukur. Ia tidak menggambarkan projek besar negara yang berkepentingan jangka panjang. Lihatlah pagar zink seperti pagar rumah nelayan nampaknya.





Dua gambar ini pula ialah UMK Cawangan Jeli. Belum ada apa-apa kemajuan, selain meratakan tanah sekitar papan tanda sahaja. Yang lain masih hutan asal. Barangkali di sini akan dibina Fakulti Perhutanan.
Di Jeli terdapat pembinaan politeknik, yang jauh lebih cepat perkembangannya berbanding pembinaan UMK. Pemasangan pagarnya lebih menyakinkan, berbanding UMK Cawangan Jeli yang tiada berpagar.


Ini ialah gambar UMK di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Asalnya rumah kedai. Letaknya bersebelahan Pasar Raya Pantai Timur. Kemajuannya lebih baik daripada dua cawangan di atas. Terbaharu (2008/2009) telah dibina blok asrama dan kini siap diduduki.


Gambar ini pula ialah pejabat pentadbiran UMK terletak di IPGM-KKB. Memang sebahagian kuliah pelajar UMK dijalankan di IPGM-KKB. Pejabatnya kecil sahaja menyebabkan, khabarnya, ramai kakitangan baharu tidak menyangka itu pejabat pentadbiran UMNK. Mereka datang melaporkan diri di pejabat IPGM-KKB. Namun, pejabat canselor bukan di sini.

Melihat kemajuan UMK, saya fikir ia sebuah universiti politik. Tak taulah di mana silapnya dan punca masalah, dipihak kerajaan negerikah atau dipihak kerajaan pusat. Walau apapun, ia memberi gambaran tidak menarik tentang UMK kepada masyarakat.

3 ulasan:

Sejarah Manusia berkata...

Apalah tuh UMK? Awak dah cube tuk pahami tapi awak tak bise Basa Malaysia.

rafihasanan berkata...

Semoga UMK menghasilkan pelajar pintar dan berguna.

rafihasanan berkata...

Sehingga tarikh 10 November 2009, aku sekali lagi melawat tapak UMK di Kg. Tanggok, Bachok. Waduh! Waduh! Masih tak ada binaan bangunan baharu.