Selasa, 3 November 2009

Aduhai Jais

Aduhai Jais! Itulah yang dapat aku katakan. Kau fikirkah apa yang kau buat, Jais. Kau tangkap Dr Asri atas alasan tiada tauliah untuk berceramah di Selangor. Apakah benda tauliah tu, Jais. Surat izin?
Mengapakah perlu surat izin untuk beri ceramah agama. Dr Asri tu berdakwah. Mengembangkan agama yang kau anut juga, Jais. Kau kata tak ada tauliah. Macamlah Dr Asri tu bodoh. Dia orang cerdik, Jais. Orang berilmu. Ilmunya lebih dalam daripada engkau. Engkau tu apa ada Jais? Ada kuasa saja. Maksiat kat Selangor tu berlambak-lambak. Pergilah tangkapnya. Tak kau tangkap pula. Jais! Jais!
Najib pun kesal dengan apa yang kau buat. "Ini tiada kena-mengena dengan kerajaan pusat," kata Najib. Kau dengar tu, Jais?
Kerajaan negeri pun terkejut juga dengan perbuatan engkau, Jais. Memnang engkau di bawah kerajaan negeri. Khalik minta engkau bertanggungjawab dan beri alasan munasabah. Nampaknya, kerajaan negeri pun kesal dengan tindakan engkau, Jais. Siapa yang suruh engkau buat macam tu, Jais? Cakap?
Sekarang ni, tak pasal-pasal habis orang malu dengan perbuatan engkau, Jais. Engkau tu penguasa agama Islam. Apa yang kau buat menggambarkan imej Islam. Sekarang, perbuatan engkau telah mencemarkan agama Islam. Kau tak fikirkah, Jais?
Engkau ni ganaslah, Jais. Macam polis, macam along, macam SPRM juga rupanya. Is! Is! Isssss! tak sangka aku.
Apakah ada dalang di belakang sifat ganas engkau, Jais? Siapa? Najib?
Mungkin juga Najib yang suruh engkau berbuat begitu. Kemudian, buat-buat tidak tahu. Buat-buat marah. Baling batu sembunyi tangan. Ya...lah, sebab Najib nak rampas Selangor. Dia boleh buat macam-macam. Macam dia buat kat Perak, tu? Sultan pun diperbodohkannya.
Sekarang ni, kecohlah pakatan di Selangor. Akan ramailah tok wakil lompat parti. Ada cam Najib rampas Selangor.
Apapun, Jais mesti bertanggungjawab menangkap Dr Asri kerana tindakannya itu menghina orang-orang Islam.

1 ulasan:

syahrulnizam berkata...

Terima kasih kerana berkunjung ke http://ilmupengaruh.blogspot.com/

Insyaallah buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni, bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Tuan boleh tempah terus daripada saya.

Terima kasih