Isnin, 6 Julai 2009

PRK Manik Urai

Pada hari sabtu 04 Julai 2009, aku ke Kelantan, dari KL melalui Simpang Pulai ke Gua Musang. Sepanjang perjalanan ada banyak kereta Waja polis menuju ke utara. Sepanjang perjalanan Gua Musang ke Kuala Krai, aku mengekori banyak kenderaan polis rusuhan (polis merah). Hati aku tertanya-tanya, apakah ada rusuhan di Kelantan. Apabila aku bertanya khabarnya kepada kawan di Kelantan, mereka memberitahu kenderaan FRU (polis rusuhan) itu mahu ke Manik Urai. Wah, rupanya akan ada rusuhan di Manik Urai? Ganasnya orang Manik Urai hingga pilihan raya kecil pun mahu mengadakan rusuhan hingga kerajaan terpaksa hantar FRU. Inilah yang dikatakan oleh Amerika bahawa Malaysia dipenuhi oleh pengganas. Kawasan kampung terpencil pun dipenuhi pengganas. Apabila sampai di Manik Urai, memang banyak kenderaan polis dan pos polis biasa di Paloh. Kalau beginilah gambarananya, PKM lebih baik daripada masyarakat Manik Urai. Sepanjang aku tahu, PKM tidak pernah mengganasi rakyat awam.

HINDARKAN RUSUHAN DI MANIK URAI

Tiada ulasan: