India yang mempertingkaikan isu Interlok itu sebenarnya paria. Sebab, dia tidak baca maksud paria dalam novel berkenaan. Asal bunyi paria saja terus bantah. Sedangkan, maksudnya bukan menghina.
alamatnya, kalau dah paria tu paria la.
Rabu, 19 Januari 2011
Khamis, 25 Februari 2010
SIAPAKAH RAKYAT MALAYSIA BERTUAH
Sama ada anda sedar atau tidak, ada 3 golongan sahaja rakyat Malaysia yang bertuah. Pertama, masyarakat Felda. Kalau tahun 2007/2008 boleh dikatakan masyarakat Felda sentiasa dapat manfaat dalam pelbagai bentuk dan kemudahan. Ada kalanya dua bulan sekali warga Felda mendapat imbuhan. Ini semua berkat usaha Yusuf Nor dan Najib Tun Razak.
Kedua, PDRM. Sama seperti Felda, PDRM juga dapat banyak 'anugerah' dari wang hingga pangkat, dari rumah hingga kereta. Terbaharu, penyelarasan gaji. Itu berkat kesetiaan PDRM terhadap kerajaan.
Dan, ketiga, pemimpin BN. Mereka penyokong kerana tanpa berbelah bahagi. Wajarlah mereka terima. Banyak projek mereka dapat. Malangnya, ada projek mereka yang cepat runtuh disebabkan kontraktor tidak bertanggungjawab. Tak bertanggungjawab tak apa, asalkan sokong kerajaan.
Yang lain-lain tu, putih mata saje le. Kalau sokong juga BN, mereka dapat dianggap sebagai 'orang-orang buta perut buta hati.'
ROYALTI MINYAK
Kata YB Husam, Kelantan layak terima royalti minyak sebanyak RM40 juta. BN melalui Tok Pa beri wang ehsan sebanyak RM20 juta sahaja. Ke manakah perginya RM20 juta lagi. Orang Umno yang paling anti Kelantan dapat wang royalti ialah Mustafa Mohamed dan Awang Adek.
Bolehkah secara logik saya mengatakan Rm20 juta berbaki itu sebagai upah usaha Tok Par Mat Li sebanyak RM10 juta, Tok We De sebanyak RM20 juta. RM20 juta diberikan itu bukan untuk rakyat Kelantan, sebaliknya untuk pemimpin UMNO Kelantan melalui JPP. Nampaknya, ingin rebut RM20 juta itu dari orang-orang dari Tok No Mar.
Habis, apa rakyat Kelantan dapat. Dapat dengar saje le.
Sabtu, 26 Disember 2009
Doa Hindar Kezaliman
Ya Allah ya Tuhanku. Engkau berikanlah bala kepada para pemimpin yang menindas rakyat Kelantan. Jika sumber minyak yang Engkau berikan itu untuk rakyat Kelantan, Engkau hancur dan musnahkan mereka dan kumpulan mereka yang menafikan kami layak menerima rezeki-Mu itu. Dengan rezeki itu akan dapat memartabatkan kami umat-Mu, dan Islam agama-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Tuhan Maha Adil. Engkau Maha Pembinasa terhadap pemimpinku yang zalim. Amin.
Oh Malaysiaku
Malaysiaku ada jet. F-5E lagi. Tanda kecanggihan pemikiran dan kemajuan ekonomi. Namun, jet negara orang naik mencacak. Jet negaraku tak naik-naik. Puas stat, tak juga naik.
Apasal?
Laaa... rupa-rupanya tiada enjin. Patut tak enjin tak hidup. Tengok yang tu. Kot-kot tak de enjin juga. Laa ... tak de enjin juga. His. His. His. Malaysia negaraku.
Najib, Najib. Ingat ke satu saje, rupa dua jet tak de enjin. Hang jual ke?
Bayangkanlah saudara. Apa nak jadi negara kita ni. Enjin jet pun boleh hilang. Tak hairan le kalau barang-barang lain hilang. Enjin yang besar dan berat itupun boleh hilang, terlepas ke luar negara. Tak seekor pun polis dapat kesan. Kata askar dan polis Malaysia cekap. Cekap tahi kucing engkau.
Kalau tangkap para demonstrasi, cekap le. Cari bulu anu, cekap le. Dah bertahun-tahun pun boleh jumpa lagi. Orang pelari enjin tak nampak. Oh polisku, cekapnya engkau.
Psssst.... kat hujung tu ada janda. Tuan nak?
Eh, eh. Duit ni untuk Tuan Jib. Ambillah.
Aaaa... kerusi ni untuk Tuan Musa, duduklah.
Tuan Gani, bahagian engkau pun ada juga.
Tuan A. Paul, pembicaraan nanti, kita panggil engkau. Jangan risau, ada bahagiannya.
Dan, para rakyat sekalian, jangan risau, negara kita selamat. Betul tak Tuan-tuan. Selamat untuk mencuri. Sekarang ni kita sedang curi minyak kat Kelantan.
Buat apa beri royalti kepada Kelantan. Nanti banyak pula pembangunan PAS buat. Senang hidup rakyat Kelantan. Ahh... Datuk Mustaffa Mohamad dan Datuk Awang Adik tak suka tengok rakyat Kelantan hidup senang. Nanti, susah nak beri bantuan. Takdok siapa layak. Tak boleh nak kempen PR-13.
Isnin, 21 Disember 2009
BN Jamin Keselamatan Rakyat dan Negara
Kalau injin pesawat pemintas F-SE milik Tentera udara Diraja Malaysia boleh hilang pada tahun 2007 dan tidak dijumpai sehingga Disember 2009, apakah kita boleh mengiyakan Manifesto BN (PR12) agar rakyat menyokong BN demi keselamatan rakyat. Sekejap, nak ketawa dulu.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Bayangkan, injin jet yang berada dalam depok tentera pun boleh hilang, macam mana BN nak jaga keselamatan rakyat yang berada di serata tempat dan di luar kawalan tentera. Boleh percaya ke?
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Orang gila tidak pernah mengaku dirinya gila. Apakah BN mengakui bahawa golongan mereka gila?
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Sebelum ini ada bom C4 hilang dari simpanan tentera dan tiba-tiba digunakan untuk bom Altathuya, langsung tidak disiasat pencurinya dan diambil tindakan. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT! Pembunuhan yang dilakukan atas arahan isteri pemimpin BN. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT! BN melanggar kuasa Sultan Perak, kesopanan dan undang-undang untuk rampas kerajaan PR perak. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT! Dalam akhbar selalu dilaporkan polis memukul dan membunuh rakyat. Perhimpunan pembangkang, walaupun aman, tetap diserang bak menyerang pengganas. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.

Baru-baru ini, JAIS dan Polis menyerbu dan menangkap Dr Asri yang sedang memberi ceramah agama. Memberi ceramah agama oleh tokoh yang terbukti ketokohan dalam agama, pun ditangkap. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Para pendatang pula, yang terdiri daripada buruh, boleh keluar-masuk sempadan secara bebas. Malah boleh pukul rakyat Malaysia lagi. Menguasai dengan bebas premis perniagaan, menipu, merompak, membunuh, ragut rakyat Malaysia. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
Hanya ada dua golongan yang wajar sokong BN. Pertama, pemimpin BN dan ahli keluarga pemimpin BN. Kedua, mereka yang ada kepentingan dengan BN seperti kontraktor kelas F, JKK. DUA GOLONGAN INI BANYAK MENGGANAS BAGI PIHAK BN. Apakah boleh diakui BN boleh menjamin keselamatan rakyat.
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
KAH! KAH! KA! HE! HE! HE! HO! HO! HO! HEBAT! HEBAT!
GOLONGAN LAIN, KALAU MENYOKONG BN, MEREKA TENTU ORANG TAK ADA FIKIRAN UNTUK BERFIKIR DAN TIDAK ADA MATA UNTUK MELIHAT KEZALIMAN BN. BUTA HATI, KATAKAN.
Selasa, 1 Disember 2009
Kolonel Mat Itu Kickdefella
Saya membaca isu Kolonel Mat oleh Kicdefella yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 29 November 2009. Tajuknya amat menarik. Sewaktu orang ramai mencari-cari siapakah 'Kolonel Mat' yang ditimbulkan oleh TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tersiar berita "Saya Kenal 'Kolonel Mat' -- Kickdefella."
Membaca berita berkenaan, saya rasa tertipu dengan kenyataan 'tak reti basa' oleh Kicdefella. Dikatakan 'Kolonel Mat' itu ialah ayahnya. Maka itu adalah wajar beliau kenal. Namun, yang kurang ajar si Kicdefella ini ialah apabila diberitahu bahawa ayahnya telah lama meninggal dunia.
Wahai Kicdefella, kalau ayahmu sudah mati, buat apa Nik Aziz nak heboh-hebohkan bahawa Kolonel Mat itu menjadi dalang bagi menjatuhkan Nik Aziz dan kerajaan Pas di Kelantan? Apakah ayahmu jadi hantu dan kini mengganas terhadap manusia? Kalau ayahmu jadi hantu, tentu anak-anaknya berperangai jahat kerana roh ayahmu tak tenteram dan mu sendiri tidak berusaha mententeramkan roh ayahmu.
Kalau betul Kolonel Mat yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu ayahmu, memang ayah Kicdefella jahat. Maka tak hairanlah kau sendiri pun 'jahat.'
Wahai Kicdcefella, tak usahlah menangguk di air keruh. Mencari publisiti basi. Publisiti murahan. Tak ada orang nak tahu tentang ayahmu. Kecuali memang ayahmu jahat.
MUNGKIN JUGA KOLONEL MAT ITU IALAH KICDEFELLA SENDIRI. Justeru, ahli PAS dan ahli parti lain perlu berhati-hati dengan mat seorang ni. Dia boleh menjadi 'dalang' merosak kerjaya dan organisasi.
Ahad, 8 November 2009
Royalti Minyak
Saya sebagai mewakili rakyat Kelantan yang bebas (tetapi tidak menyokong YB Ibrahim Ali)tidak berparti dengan ini mengisytiharkan menyokong tuntutan Kerajaan PAS Kelantan agar negeri Kelantan diberikan royalti minyak, kalau tidak .... dalam FRU-13 nanti.
Selasa, 3 November 2009
Aduhai Jais
Aduhai Jais! Itulah yang dapat aku katakan. Kau fikirkah apa yang kau buat, Jais. Kau tangkap Dr Asri atas alasan tiada tauliah untuk berceramah di Selangor. Apakah benda tauliah tu, Jais. Surat izin?
Mengapakah perlu surat izin untuk beri ceramah agama. Dr Asri tu berdakwah. Mengembangkan agama yang kau anut juga, Jais. Kau kata tak ada tauliah. Macamlah Dr Asri tu bodoh. Dia orang cerdik, Jais. Orang berilmu. Ilmunya lebih dalam daripada engkau. Engkau tu apa ada Jais? Ada kuasa saja. Maksiat kat Selangor tu berlambak-lambak. Pergilah tangkapnya. Tak kau tangkap pula. Jais! Jais!
Najib pun kesal dengan apa yang kau buat. "Ini tiada kena-mengena dengan kerajaan pusat," kata Najib. Kau dengar tu, Jais?
Kerajaan negeri pun terkejut juga dengan perbuatan engkau, Jais. Memnang engkau di bawah kerajaan negeri. Khalik minta engkau bertanggungjawab dan beri alasan munasabah. Nampaknya, kerajaan negeri pun kesal dengan tindakan engkau, Jais. Siapa yang suruh engkau buat macam tu, Jais? Cakap?
Sekarang ni, tak pasal-pasal habis orang malu dengan perbuatan engkau, Jais. Engkau tu penguasa agama Islam. Apa yang kau buat menggambarkan imej Islam. Sekarang, perbuatan engkau telah mencemarkan agama Islam. Kau tak fikirkah, Jais?
Engkau ni ganaslah, Jais. Macam polis, macam along, macam SPRM juga rupanya. Is! Is! Isssss! tak sangka aku.
Apakah ada dalang di belakang sifat ganas engkau, Jais? Siapa? Najib?
Mungkin juga Najib yang suruh engkau berbuat begitu. Kemudian, buat-buat tidak tahu. Buat-buat marah. Baling batu sembunyi tangan. Ya...lah, sebab Najib nak rampas Selangor. Dia boleh buat macam-macam. Macam dia buat kat Perak, tu? Sultan pun diperbodohkannya.
Sekarang ni, kecohlah pakatan di Selangor. Akan ramailah tok wakil lompat parti. Ada cam Najib rampas Selangor.
Apapun, Jais mesti bertanggungjawab menangkap Dr Asri kerana tindakannya itu menghina orang-orang Islam.
Jumaat, 16 Oktober 2009
UBN Menang di Bagan Pinang
Aku tidak hairan kalau UBN menang di negeri Sembilan dan Melaka. Sebab memang dah dijangka dan sudah ada jok. Di dua negeri ini, kalau tiada calon, boleh ditukar dengan Mr. Khinzir @ Babi dan pakaikan baju BN, atau pasang bendera BN di ekornya, lawan dengan sami atau ustaz, UBN masih boleh menang majoriti besar. Orang Melayu di dua negeri ini tetap sokong UBN walaupun calonnya seekor babi. Itu jok mereka.
1 Malaysia di Bagan Pinang
Melihat suasana pilihan raya kecil di Bagan Pinang beberapa hari lalu, saya ragu akan konsep 1 Malaysia. Adakah memang diharapkan? Adakah satu muslihat politik? Adakah retorik sahaja. Apapun, saya fikir hasrat PM memang benar, namun pelaksanaan oleh penyokong dan pemimpin BN amat meragukan. Kalau mereka boleh ubah sikap ini, saya percaya Umno akan mendapat sokongan dan nafas baharu.
Perjuangan Baru Umno
Padangan aku tentang perjuangan baru Umno mendapatkan kembali sokongan dan kemenangan ialah dalam dua perkara ini. Pertama, Kalau pemimpin Umno dapat merealisasikan 'cakap serupa bikin.' Kedua, pemimpin Umno mengamalkan sikap bertanggungjawab dan sayang. Selama ini, mereka bersikap rakus, zalim, tamak dan tidak bertanggungjawab. Orang Melayu akan berkubur kalau terus menyokong Umno.
Ahad, 27 September 2009
Bagai Melepaskan Anjing Tersempit
Membaca akhbar bertarikh 27 September 2009 tentang YB Ibrahim Ali, ada dua persepsi berligar dalam kepala saya. Persepsi pertama, sudah lama terbina, ialah berkenaan kepintaran YB Ibrahim Ali. Beliau terkenal sebagai YB yang suka melompat partai. Dalam satu ceramahnya (bersama Datuk Mohd Shafie Afdal), yang saya hadir, di padang Kampun Pasir Lama, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, sekitar tahun 1999, beliau mengatakan bahawa beliau melompat di atas pulut. Saya bersetuju dengan pengakuannya, dan memang itulah sikap dan hasrat ahli politik.
Saya mengatakan beliau pintar bermain politik kerana (1) beliau dapat mempengaruhi Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamed sehingga beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sedangkan sebelum itu, Dr. Mahathir Mohamed sendiri melahirkan rasa kesal dan marah kepada Ibrahim Ali; (2) Walaupun Dr Mahathir Mohamed marah YB Ibrahim Ali, Dr. Mahathir tetap memberi Projek Jambatan Tedong yang berjuta ringgit kepada YB Ibrahim Ali. Malang kepada pengikut setia Dr Mahathir yang tidak mendapat projek sebagaimana diperoleh oleh YB Ibrahim Ali; (3) YB Ibrahim Ali dapat mempengaruhi YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, sehingga Tuan Guru menganggap YB Ibrahim Ali sebagai anak angkat PAS; (4) YB Ibrahim Ali juga dapat menyakinkan Tuan Guru untuk membenarkan beliau bertanding Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Ke-12 (2008) atas tiket bebas dengan memakai identiti dan lambang PAS. PAS sendiri tidak meletakkan calonnya bertanding di Pasir Mas. Seluruh penyokong PAS memberi kemenangan kepada YB Ibrahim Ali.
Persepsi kedua ialah sikap YB Ibrahim Ali seperti anjing lepas tersempit. Tuan Guru dan PAS Kelantan, khususnya PAS Pasir Mas telah menolong YB Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Ke-12 hingga beliau menang. Pada masa ini, YB Ibrahim Ali tiada partai kerana keahlian beliau dipecat dari Partai UMNO. PAS telah menolong YB Ibrahim Ali demi menentang UMNO dan beliau telah terlepas daripada tersempit.
Namun, apa yang terjadi kini. Banyak tindak tanduk YB Ibrahim (khususnya setelah YAB Najib menjadi PM), menyebelahi UMNO dan 'menentang' PAS. Beliau sendiri secara terang-terangan mengkritik PAS dan 'menjalin hubungan sulit' dengan UMNO menyebabkan PAS Pasir Mas dan PAS Kelantan marah. Kemuncak kemarahan ialah apabila PAS mendesak YB Ibrahim Ali melepaskan jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas.
Turut sama mendesak YB Ibrahim Ali melepaskan jawatannya ialah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. YB Ibrahim Ali bertindak balas, mendesak Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz sendiri yang patut meletak jawatan kerana gagal membawa perubahan di Kelantan.
Sikap dan tindakan YB Ibrahim Ali ini sangat kurang ajar dan tidak 'reti basa.' Orang Melayu anggap sikap seperti itu sebagai 'bagai melepaskan anjing tersempit.' Kalau anda terserempak dengan anjing tersempit, dan menyalak-nyalak kesakitan, anda jangan cepat melepaskannya. Hal ini kerana setelah terlepas daripada tersempit itu, anjing berkenaan akan serta merta mengigit anda. Sikap keanjingan inilah nampaknya menjadi amalan dan pegangan YB Ibrahim Ali, apabila beliau bersikap kurang ajar terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.
Generasi PAS Kelantan, khususnya Pasir Mas, juga generasi UMNO atau Keadilan, perlu ambil ikhtibar daripada sikap biadab YB Ibrahim Ali ini, semoga pisang tidak berbuah kedua kali.
Sabtu, 26 September 2009
Dr Azahari dan Nordin Mat Top
Pada zaman ini kita anggap kedua-dua tokoh ini sebagai pengganas, sebagaimana kita pernah anggap Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Raja Abdullah, Rosli Dorby dan sebagainya sebagai pengganas. Mereka memang tidak mesra pemerintah dan pemerintah berhad anggap atau isytihar mereka sebagai pengganas. Saya percaya, perubahan masa akan memartabatkan kedua-dua tokoh ini sebagai pejuang, wira dan sebagainya. Mereka menentang kuasa Barat yang jahat. Perjuangan mereka adalah betul. Kematian mereka memberi peluang kebebasan kepada Barat untuk mengganas di Asia Tenggara. Kita bakal menjadi mangsa akan keganasan Amerika.
Ya Allah, terimalah budi, jasa dan amalan mereka sebagaimana Engkau menerima budi, jasa dan amalan orang-orang beriman. Amin.
Selasa, 15 September 2009
Ganyang Indonesia
Malaysia banyak membantu Indonesia, dari tiada kerja diberikan kerja, ada musibah diberikan bantuan, datang secara harampun tidak diambil rindakan, diberikan status penduduk tetap, ditologi industri hiburan dan sebagainya, tetapi apa yang dibalas: kegiatan jenayah, fitnah dan seruan ganyang Malaysia. Inikah cara rakyat Indonesia membalas jasa?
Selasa, 1 September 2009
Mencari UMK
Pada tahun ini, 2009, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mencapai usia dua tahun. Ia dikatakan universiti kepunyaan Datuk Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad. Oleh sebab itu, UMK mempunyai dua cawangan. Pertama, UMK Cawangan Bachok, kawasan pilihan raya Datuk Awang Adek. Kedua, UMK Cawangan Jeli, iaitu kawasan pilihan raya Datuk Mustaffa Mohamed.
Kampus sementara UMK beroperasi di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Namun, baik UMK Cawangan Bachok mahupun UMK Cawangan Jeli, kedua-dua masih jauh panggang daripada api. Tiada kemajuan yang boleh dibanggakan. Pembinaannya sangat lembab.
Berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada bulan Mei 2009 berkenaan UMK.
Tiga gambar di atas ialah tapak pembinaan UMK Cawangan Bachok. Ia masih lagi padang jarak padang terkukur. Ia tidak menggambarkan projek besar negara yang berkepentingan jangka panjang. Lihatlah pagar zink seperti pagar rumah nelayan nampaknya.
Dua gambar ini pula ialah UMK Cawangan Jeli. Belum ada apa-apa kemajuan, selain meratakan tanah sekitar papan tanda sahaja. Yang lain masih hutan asal. Barangkali di sini akan dibina Fakulti Perhutanan. Di Jeli terdapat pembinaan politeknik, yang jauh lebih cepat perkembangannya berbanding pembinaan UMK. Pemasangan pagarnya lebih menyakinkan, berbanding UMK Cawangan Jeli yang tiada berpagar.
Ini ialah gambar UMK di kampus sementara di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Asalnya rumah kedai. Letaknya bersebelahan Pasar Raya Pantai Timur. Kemajuannya lebih baik daripada dua cawangan di atas. Terbaharu (2008/2009) telah dibina blok asrama dan kini siap diduduki.
Melihat kemajuan UMK, saya fikir ia sebuah universiti politik. Tak taulah di mana silapnya dan punca masalah, dipihak kerajaan negerikah atau dipihak kerajaan pusat. Walau apapun, ia memberi gambaran tidak menarik tentang UMK kepada masyarakat.
Selasa, 25 Ogos 2009
LHDN Sila Siasat Mydin
Akhbar Berita Harian bertarikh 4 Ogos 2009 menyiarkan dakwaan Mydin bahawa syarikatnya di Kuala lumpur mengalami kerugian RM300,000 kerana berlaku perhimpunan aman membantaqh ISA, pada 1 Ogos 2009. Jualannya dikatakan menurun antara 20 - 30%. Dan katanya lagi, kebiasaannya syarikat Mydin beroleh antara 2 hingga 3 kali ganda keuntungan pada hari Sabtu, dan Ahmhad berbanding hari biasa.
Alangkah baiknya jika LHDN menyiasat rekod-rekod pembayaran hasil cukai pendapatan Mydin di kedua-dua tempat berkenaan. Adakah Mydin membayar cukai dalam kategori sebenar dan bertepatan dengan pendapatannya.
Saya harap LHDN dapat menjalankan tugasnya sebaik mungkin tanpa ada kekecualian atau kegiatan undertable dalam kes pembayaran cukai pendapatan oleh Mydin.

Isnin, 17 Ogos 2009
Pengganas dan Keganasan
siapakah lelaki berbaju batik ini. Gayanya seperti pengganas. Adakah dia Nordin Mohd Top?
Lelaki berbaju biru itu Gobalan, AP Padang Serai manakala lelaki berbaju batik ialah Ketua Polis Pulau Pinang bernama Ayob Yaacob.
Gobalan ditahan kerana provokasi kepada penyokong PR semasa penamaan calon Pmtg Pasir di IKBN Bukit Mertajam pada 17 Ogos 2009. Siaran Berita Perdana TV3 menunjukkan sikap biadab Gobalan yang cuba menumbuk anggota polis yang menahannya.
Setelah digari, Gobalan disepak oleh Ayob Yaacob.
Apa moralnya? Ayob mengaplikasikan ilmu yang diturunkan mantan Ketua Polis Negara, Penjenayah TS Rahim Noor. Kedua-duanya sama-sama memukul tahanan bergari.
Kalau Gobalan dianggap ganas / pengganas kerana memukul polis, apakah Ayob dianggap hero kerana memukul tahanan.
Pada saya, kedua-duanya adalah pengganas / penjahat.
Sabtu, 8 Ogos 2009
Keganasan PDRM
Perhimpunan Gerak Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 mempamerkan keserakahan dan kejenayahan PDRM.
Sepanjang pengetahuan saya, mana-mana perhimpunan aman, jika tidak direstui PDRM, perhimpunan aman itu akan jadi tidak aman, huru-hara dan kekerasan.
Hal ini kerana, PDRM di bawah Musa Hasan, akan menghantar Sang Buaya (SB) dan Pasukan Rusuhan PDRM yang lengkap bersenjata, berkenderaan, water cannon dan terlatih untuk membelasah sesiapa sahaja, bak anjing kelaparan melihat makanan.
Sebagai generasi baharu, saya tertanya-tanya apakah PKM yang dikatakan ganas itu menyamai keganasan PDRM? Yang pasti dan saya saksi ialah keganasa PDRM, baik ahlinya berambut kontot mahupun sudah berubah. Kedua-duanya sama ganas dan sama brutal.
Setahu saya, hal yang demikian, membelasah para demonstran, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli PKM. PKM hanya bertindak terhadap musuh negara seperti Henry Gurney. Hal ini tidak menghairankan kerana sejarah PDRM diasuh dan dikuasai oleh pengganas dan penjenayah bernama al-Rahim Noor dan di bawah asuhan anak buah bernama al-Musa Hasani.
Telah banyak kali PDRM dikritik dan disaran berkelakuan sebagai rakyat Malaysia yang beragama, namun semuanya bagai mencurah air di atas daun keladi. Malah, siasatan diraja juga pernah dijalankan. semuanya tidak membuatkan hasil kerana PDRM menganggap kumpulan sebagai RAJA, - Pasukan Penganas Diraja Dr. Mahatir.
Oleh sebab itu, untuk membaiki PDRM, adalah perlu dicabut ketua pengganasnya, al-Musa Hasani. Selagi dibiarkan beliau berkuasa, atau melatik asuhannya, selagi itu PDRM akan menjadi pengganas dan Malaysia kekal sebagai negara 1 pengganas.
Selagi itulah, rakyat Malaysia akan menderita kecuali ORANG-ORANG UMNO YANG BUTA HATI SAHAJA MENGANGGAP UMNO SEBAGAI PENTING.

Isnin, 3 Ogos 2009
Maybank K. Bharu Lembab
Kalau anda ingin berusan di kaunter Maybank berhampiran Kamdar, kota Bharu, fikirlah 10 kali. Kalau anda memang tiada kerja atau ingin membuang masa dan bersawang di sana, silakan. Tetapi, kalau anda mencuri waktu pejabat, anda akan menghadapi masalah.
Semasa di Kelantan, aku pergi ke Maybank tersebut untuk menghantar duit, dan diberi nombor 2241. Pada kertas itu tercatat: Nombor sekarang 2213. dicatatkan masa di kertas itu: 13:15. Tarikh 03.08.2009. Ertinya aku perlu menunggu 28 orang untuk sampai giliranku.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 2:47 baharu nombor aku dipanggil. Aku terpaksa menunggu sekitar 1:32 minit. Itupun setelah 10 orang pelanggan meninggalkan kaunter sebelum nombor dipanggil.
Dalam catatan aku, urusan seorang pelanggan di kaunter antara 5 - 10 minit seorang. Ada juga mereka yang tiada nombor, tetapi mengenali pengawai, dapat berurusan lebih cepat daripada pelanggan lain.
Semasa berurusan, aku bertanyakan kerana sebab lambat dipanggil, beliau meminta aku bertanyakan pada seorang wanita bernama X, apabila aku bertanyakan pada wanita bernama X, beliau meminta aku bertanyakan pada En. Zahari. Apabila aku pergi untuk bertanya Encik Zahari, beliau tiada.
So, aku berpendapat, kalau mahu berurusan dengan bank itu, fikirlah sepuluh kali.

Langgan:
Catatan (Atom)